TAIPEI - Dua juruterbang cedera semalam apabila helikopter Apache AH-64E yang dinaiki mereka terhempas di atas sebuah bangunan tiga tingkat di daerah Taoyuan, utara Taiwan.
Menurut seorang pegawai tentera, ketika kejadian, dua juruterbang tersebut sedang mengikuti latihan penerbangan.
kedua-dua juruterbang itu dihantar ke sebuah hospital tentera untuk mendapatkan rawatan kerana mendapat kecederaan ringan.
"Nahas berlaku ketika latihan asas penerbangan dilakukan untuk tujuan yang tidak diketahui manakala sebuah pasukan kahas sedang menyiasat punca kejadian," kata seorang pegawai tentera kepada pemberita.
Pada bulan November tahun lalu, Taiwan menerima enam buah helikopter Apache AH-64E yang dibeli dari Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: