• Tesco bakal dibina di Jempol Pasar raya Tesco bakal dibina dekat tapak Bandar I0I @ Jempol , dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
JEMPOL - Ekonomi di daerah ini dijangka berkembang lebih pesat apabila sebuah pasar raya Tesco dibina berdekatan tapak Bandar IOI @ Jempol.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol, Wan Razali Wan Awang berkata, pihaknya menerima surat kelulusan bagi membina pasar raya tersebut akhir Ogos lalu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dijangka siap serta beroperasi sepenuhnya pada 0gos 2015.

“Tapak Bandar I0I ini mempunyai anggaran keluasan 202.35 hektar dan 200 hektar daripada keluasan tanah itu akan dibina dengan pelbagai bangunan perniagaan.

“Manakala pembinaan jalan pintas pula dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pekan Bahau kerana pengguna jalan raya tidak perlu lagi melalui Pekan Bahau untuk ke Pekan Rompin, Gemas, Tampin ataupun Johor,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam perkembangan lain, Wan Razali berkata, pihaknya kesal apabila 30 anak pokok gaharu ditanam berdekatan Dataran Seri Jempol Mei lepas, hilang dipercayai dicuri.

"Pokok gaharu itu adalah sumbangan daripada Tesco Malaysia menerusi Program Penghijauan Bumi dan ia disedari hilang selepas dua hari di tanam,” katanya lagi.