Adiwati Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, stesen itu bagaimanapun tidak dapat memenuhi permintaan terbabit kerana pihaknya cuma mengehadkan bil sehingga RM50,000 sahaja.
"Dalam pada kami menerima pelbagai jenis bil menerusi kempen berkenaan ada satu bil yang benar-benar menarik perhatian kami apabila seorang pendengar telah menghantar bil kad kreditnya yang berjumlah RM144,000.
"Malah ada juga yang menghantar gambar gaun perkahwinan dengan harapan kami akan membayar bilnya selain bil telefon, utiliti dan barangan dapur," katanya kepada mStar Online.
Tambah Adiwati, selepas memperkenalkan segmen itu, maklum balas diterima daripada pendengar amat menggalakkan dan sehingga kini sebanyak 1,604 gambar bil telah dimuat naik oleh peserta ke laman web stesen radio itu.
Suria FM mengeluarkan bajet sebanyak RM50,000 untuk membantu pendengar melangsaikan bil masing-masing. "Idea ini sengaja dicetuskan selepas mendapat keluhan pendengar mengenai hutang bil yang perlu dijelaskan.
"Jadi bagi menghargai para pendengar, kami sengaja mengeluarkan sejumlah bajet untuk membantu sesiapa yang bertuah dengan nilai pelaburan kami sebanyak RM50,000," katanya.
Para pendengar yang mahu bil mereka dijelaskan boleh berbuat demikian dengan mengisi borang dan memuat naik gambar bil masing-masing menerusi laman web Suria FM iaitu www.suriafm.com.my.
Pendengar juga perlu mengikuti segmen Ceria Pagi, Ceria Suria atau Santai Ceria dan Ceria Petang untuk melayakkan mereka menghubungi stesen radio itu dalam masa 15 minit jika nama terpilih menerusi talian 03-77242115 dan menjawab soalan ringkas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: