Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, bantuan hutang yang dibuat termasuklah bil utiliti, telefon, kad kredit termasuklah bil membeli belah.
"Idea ini sengaja dicetuskan selepas mendapat keluhan pedengar mengenai hutang bil yang perlu dijelaskan.
"Jadi bagi menghargai para pendengar, kami sengaja mengeluarkan sejumlah bajet untuk membantu sesiapa yang bertuah dengan nilai pelaburan kami sebanyak RM50,000," katanya yang ditemui pada acara Hari ABC (A Bit Charity) di The Square, Publika pada Sabtu.
Tambah Adiwati, kempen tersebut akan bermula 2 September ini dan berakhir pada 29 September 2013 dimana para pendengar perlu mengisi borang dan memuat naik gambar bil-bil yang mahu kami jelaskan di laman web Suria FM iaitu www.suriafm.com.my.
Sementara itu, mengenai Hari ABC, ia merupakan sebuah acara kebajikan mengutip dana bagi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak yatim Al-Nasuha dan Angels Childrens Home di bawah Kumpulan Radio The Star iaitu Suria FM, Red FM, 988 dan Capital FM.
"Pada mulanya kami menyasarkan sebanyak RM23,000 kutipan menerusi pembelian kupon oleh pengunjung dan Alhamdulillah kami berjaya mengumbul lebih daripada sasaran iaitu RM27,000.
Dalam pada itu, penyampai-penyampai empat radio berkenaan turut menghiburkan pengunjung dengan persembahan khas masing-masing.
Pelbagai aktiviti menatik turut berlangsung seperti jualan amal dan acara permainan.
Selain itu, barisan artis seperti Prema Yin, ferhad, Nadhira, Reshmoun, Shawn Lee dan Chelsia Ng turut memeriahkan acara dengan persembahan mantap mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: