Saturday, September 14, 2013

Rentas Lautan Atlantik guna belon gas helium



SERAMAI 150 orang sukarelawan bertungkus-lumus mengisi gas ke dalam 300 biji belon untuk digunakan oleh Trappe di Maine, Kanada.


CARIBOU, Maine - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Jonathan Trappe melakukan penerbangan merentasi Lautan Atlantik menggunakan 300 belon yang diisi gas helium, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang memulakan penerbangannya kelmarin telah mendarat di satu kawasan terpencil dan akan bermalam di situ.
Trappe yang berlepas pada Khamis lalu menggunakan beratus-ratus belon berisi gas helium.
Lelaki itu menerusi laman Facebooknya pada pukul 8.30 malam waktu tempatan menyatakan bahawa dia telah selamat mendarat.
Dia akan bermalam di kawasan itu dan tidak mengetahui dengan jelas kedudukannya yang sebenar.
Trappe yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta berazam untuk merentasi Lautan Atlantik dengan cara yang berbeza.
"Laut Atlantik telah direntasi banyak kali dan ia dilakukan dalam pelbagai cara, namun bukan seperti ini," kata lelaki berasal dari Carolina Utara yang mencari kelainan dengan menggunakan belon pelbagai warna berbanding belon udara panas.
Seramai 150 sukarelawan terlibat membantu mengisi belon itu dengan gas helium sejak malam Rabu lalu dekat Maine, Kanada.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: