KOTA BHARU - Padah merogol kenalan bawah umur yang dikenali melalui
panggilan telefon, seorang buruh dihukum penjara 10 tahun dan dikenakan
tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen. di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh, Ismadi Ismail, 39, mengaku salah tuduhan tersebut.
Ismadi didakwa merogol pelajar tingkatan tiga yang berusia 15 tahun enam bulan tersebut di dalam kereta di tepi sebuah tokong Kampung Merabang, Kubang Golok, Bachok, antara jam 9 dan 10 malam, 12 Mei 2012.
Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah dan dibicarakan, kemudian menukar pengakuannya, semalam.
Pada prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam bela, Ilyas mohd Noor memohon hukuman ringan kerana masih menanggung lima anak.
“Tertuduh juga sudah bercerai dengan isteri selepas kes ini dan kadangkala bekerja sebagai pemandu lori sambilan bagi menambah pendapatan. Tertuduh hanya tamat tingkatan dua dan menyesali serta menginsafi perbuatannya,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf bagaimanapun memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira trauma yang dialami mangsa.
“Tertuduh tidak sewajarnya terlibat dalam kesalahan seksual seperti ini kerana dia sudah berkahwin dan mempunyai isteri ketika kejadian tersebut,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: