-
Pengasas
produk Neutra, Razyp Asar (kiri) dan Norazman menunjukkan produk minyak
kepala dara keluaran syarikat itu yang dijangka terjual sehingga 30,000
botol sebulan.
Pengarah Urusan Neutrapheutics Healthcare, Norazman Jais berkata, syarikat itu akan mengeksport minyak kepala dara keluarannya ke Filipina, Timur Tengah dan Jepun selepas menembusi pasaran tempatan.
"Bagi mengukuhkan jenama Neutra di pasaran tempatan, kami akan meluaskan rangkaian pengedar dengan melantik pengedar di setiap negeri," katanya berhubung rancangan terbaru syarikat itu.
Menurutnya, syarikat itu menyasarkan untuk menjual 10,000 hingga 30,000 botol minyak kelapa dara keluarannya sebulan dengan purata pendapatan bulanan RM250,000 hingga RM500,000.
Norazman berkata, Neutrapheutics telah pun memperkenalkan lima produk baru yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu dengan pelaburan mencecah RM200,000.
"Sejak pelancaran, 2,000 unit produk telah terjual sebulan dan kami optimis untuk meningkatkan sasaran jualan sehingga 10,000 botol melalui kerjasama rakan pengedar.
“Produk kami berharga antara RM35 dan RM58 sebotol dan harga ini jauh lebih rendah berbanding jenama lain dalam pasaran," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: