• 60 vespa menanti pelanggan bertuah Praveen (kanan) menunjukkan Vespa LX150 yang menanti 60 pemenang peraduan Digi Internet.
SYARIKAT telekomunikasi Digi Telekomunikasi Sdn Bhd melancarkan peraduan prabayar Digi Internet mudah alih dengan menawarkan hadiah Vespa LX150 bernilai RM8,800 setiap satu bagi 60 pemenang bertuah.
Melalui peraduan bermula dari 2 September hingga 31 Oktober 2013 itu, pelanggan Digi Internet boleh menyertainya dengan mendaftar untuk pelan internat mudah alih.
Ketua Pegawai Produk Internet dan Perkhidmatan Digi, Praveen Rajan berkata, pertandingan itu adalah peluang besar untuk pelanggan menikmati perkhidmatan internet lebih pantas serta menyeluruh dengan harga yang lebih berbaloi.
“Pelanggan boleh memilih langganan RM7 seminggu untuk 100MB atau bulanan sebanyak RM68 untuk 5GB data.
“Bagi langganan RM7 mingguan, pelanggan layak menghantar satu penyertaan manakala pakej bulanan RM68 melayakkan mereka untuk penyertaan atas talian. Semakin tinggi nilai dilanggan, lebih besar peluang untuk menang,” katanya pada majlis pelancaran peraduan itu.
Menurutnya, pelanggan akan dipilih setiap hari dan dihubungi oleh pegawai Digi untuk menjawab soalan trivia dengan betul untuk memenangi motosikal itu.