EJA (kanan) dan Chomel Fana merupakan pelakon utama drama, Balqis.
|
SEPANJANG Ramadan 2013, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyajikan pelbagai program istimewa buat santapan minda dan rohani penonton setianya menerusi saluran TV1, TV2, TVi dan juga 32 buah stesen radio miliknya.
Meliputi drama bersiri, dokumentari, masakan dan keagamaan, TV1 hadir dengan tema Menzahirkan Kesyukuran, TV2 dengan Ramadan di TV2 manakala TVi pula Kasih Ramadan.
Menurut Pengarah Bahagian Program TV, Suhaimi Jamalim, program yang dipilih tahun ini bukan sahaja untuk tatapan masyarakat Islam tetapi ia juga boleh ditonton masyarakat bukan Islam.
“Program Ramadan RTM tahun ini tidak hanya tertumpu kepada umat Islam yang menjalani ibadah puasa, malah kebanyakan program adalah bersifat umum merentasi etnik, bangsa dan agama,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar memperkenalkan program-program istimewa Ramadan di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru- baru ini.
Jelasnya, saluran utama RTM iaitu TV1 masih mengekalkan program tonggak iaitu Syahadah yang disiarkan setiap Ramadan dengan pengisian lebih mantap.
“Program Syahadah musim kelapan mula bersiaran pada 9 Julai lepas, setiap hari, pukul 6.30 petang. Kali ini, kru Syahadah mengembara ke Eropah bagi meninjau perkembangan umat Islam di benua itu.
“Turut dipaparkan individu pertama yang membawa masuk Islam ke United Kingdom dan membuka masjid di Liverpool,” tuturnya.
Mengulas lanjut, kata Suhaimi, terdapat beberapa telefilem menarik yang menampilkan barisan pelakon terkenal yang akan bersiaran menerusi slot Nurani bermula 12 Julai, setiap Jumaat, pukul 10.03 pagi.
Ulas Suhaimi, antara telefilem menarik itu seperti Masih Ada Waktu, Ramadan Jangan Ambil Nyawaku serta Reda Dan Pasrah.
Sementara itu, menurut Suhaimi, terdapat juga drama komedi seperti Calon Menantu dan Sudah-Sudahlah yang akan disiarkan dalam slot Panggung Ahad.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: