
Baharom (dua dari kiri) dan Mohd.
Fikri (dua dari kanan) bersama pemenang Peraduan Warkah Kreatif Buat Ibu
2, (dari kiri) Nor Saadiah, Siti Noorfarawahidatun dan Puteri Emerra
Ezzatie pada majlis penyampaian hadiah di Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR - Seorang jurutera wanita tidak menyangka akan menjadi juara Peraduan Warkah Kreatif Buat Ibu 2 anjuran Resorts World Genting bersama akhbar Kosmo! baru-baru ini.
Siti Noorfarawahidatun Lela, 29, berkata, idea untuk menyertai pertandingan itu datang secara tiba-tiba sewaktu beliau membaca iklan peraduan berkenaan dalam akhbar Kosmo!
"Sebenarnya, tujuan saya menyertai pertandingan ini adalah untuk menzahirkan segala kekesalan saya sepanjang bergelar seorang anak kepada ibu yang telah lama meninggal dunia.
"Namun, saya tidak menyangka penulisan warkah bertajuk Maafkan Aku Ibu bertukar kepada satu kenangan manis apabila saya muncul juara dengan menewaskan 215 orang peserta lain," katanya selepas majlis penyerahan cek kepada para pemenang peraduan itu bagi kategori Warkah Kreatif di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: