Saturday, July 20, 2013

Cadang harga rokok RM16 sekotak


KERAJAAN disaran meningkatkan lagi cukai rokok bagi mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyarankan kerajaan menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50 peratus bagi mencapai sasaran pengurangan sebanyak 20 peratus jumlah penggunaan rokok di negara ini.
Kenaikan sebanyak 50 peratus itu akan meningkatkan harga sekotak rokok premium berjumlah 20 batang rokok kepada RM16 berbanding harga pasaran kini iaitu RM10.50.
Ahli Majlis MCTC, Dr. Norashidah Mohamed Nor berkata, berdasarkan kajian dijalankan olehnya tahun lalu, kenaikan sebanyak 10 peratus hanya mampu mengurangkan sebanyak empat peratus penggunaan rokok.
“Saya percaya sekiranya harga bagi sekotak rokok berjumlah 20 batang dinaikkan kepada RM16, sasaran kerajaan itu dapat dicapai selain menaikkan hasil cukai negara kepada 45 peratus,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

4 comments:

  1. Haramkan je rokok tu. Sapa jual kena hukum gantung macam jual dadah. Ni semua gara gara kerajaan nak untung banyak. Kalau betul nak jaga kesihatan rakyat kerajaan perlu pastikan tiada sebatang rokok pun di bumi malaysia.

    ReplyDelete
  2. yang paling best, ustaz pun merokok...
    .................................
    LAWAK: Perempuan Pakai Seksi Di Bazar Ramadhan Kena Maki

    ReplyDelete
  3. selagi ade,selagi tu org duk isap.

    ReplyDelete
  4. semua salah kerajaan ampa p sembang sndri la dgn PM tntang isu..kira nk komen ja..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: