Monday, July 22, 2013

30 kerabu tradisional KLIH


CHEF Nurul Hidayah Abdullah menunjukkan hidangan ala kampung yang menyelerakan.


SEKALI setahun iaitu sepanjang Ramadan, anda berpeluang menikmati 30 jenis kerabu tradisional Melayu di Tappot Cafe yang terletak di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH).
Hidangan kerabu yang laris bak pisang goreng panas itu sentiasa menjadi rebutan pengunjung kerana ia sukar didapati pada bulan lain.
Antara hidangan kerabu itu ialah kerabu kaki ayam, jantung pisang, pucuk paku, daun pegaga, kerang, ikan kembung, mangga, pucuk paku dan daging panggang. Sebanyak 135 menu ala kampung lain melengkapkan lagi juadah berbuka puasa anda.
Hidangan iftar di Tappot Cafe berkonsepkan gerai yang menyajikan lauk-pauk tradisional Melayu seperti ayam kampung padang berkentang, ketam kari bersama nanas, ikan cencaru sumbat, gulai tulang masak rebung dan jantung pisang lemak ikan bilis.
SAJIAN kerabu menjadi tarikan utama pengunjung berbuka puasa di Kuala Lumpur International Hotel.


Pengunjung juga berpeluang menikmati masakan ubi rebus yang disajikan bersama kelapa.
Juadah berbuka puasa tidak lengkap sekiranya anda tidak mencuba hidangan bubur lambuk istimewa.
Sambil menjamu selera, anda berpeluang menyaksikan chef-chef beraksi secara langsung menyediakan murtabak ayam dan daging, keladi goreng, sukun goreng serta popia basah.
Bagi warga emas terdapat tawaran diskaun sebanyak 50 peratus.
Tawaran tersebut juga terbuka kepada pelanggan hotel, rakan Facebook KL Internationalhotel, DiGi dan pemegang kad kredit Public Bank serta Maybank (pada tiga hari pertama dan terakhir).
Usai menjamu selera, pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib dan tarawih di surau yang disediakan dan juadah moreh turut disediakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: