Keputusan pelanggaran pertama NCAP Asia diumumkan sempena hari terbuka NCAP Asia yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).
Sejak pengenalannya, model ini telah menerima pelbgai anugerah termasuk NST Car of The Year Best Value Compact Sedan Award dan Autocar Asean’s Best Small/Mid Sized Sedan pada tahun lalu.
Pengerusi Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, kini sudah tiba masanya untuk merubah persepsi tentang jenama Proton sebagai kenderaan berkualiti tinggi dan mampu milik.
“Arah baru Proton adalah untuk mengetengahkan produk di semua peringkat dan menunjukkan komitmen bagi menyediakan perlindungan keselamatan terbaik kepada pengguna.
“Pengiktirafan ini ialah bukti kami memperbaiki kereta Proton dan Proton Saga merupakan kereta yang selamat di mana telah lulus penilaian program yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.
Menurutnya, pengiktirafan ini bukan sahaja mengenai Proton, tetapi juga peranannya untuk meningkatkan lagi standard keselamatan industri automotif negara.
“Sebagai syarikat kereta nasional, kami akan terus memperbaiki produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pasaran hari ini. Bagaimanapun, segalanya tidak mungkin berlaku tanpa sokongan kerajaan dan badan terlibat seperti Miros.
“Kami memuji kewujudan kemudahan ujian kemalangan pertama di rantau ini, serta sokongan yang diberikan kerajaan.
Ia sekali gus menggalakkan pengeluar untuk menghasilkan kereta yang lebih baik dan selamat,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: