Thursday, February 21, 2013

Persembahan World Drums memukau


KUMPULAN APE dari Malaysia memulakan persembahan pada Royal Belum World Drums Festival 2013
di Lumut semalam.


LUMUT - Persembahan sulung Royal Belum World Drums Festival 2013 di Aeon Seri Manjung, Manjung di sini semalam berjaya memukau lebih 1,500 pengunjung pusat membeli-belah berkenaan.
Lima pasukan termasuk wakil negara, Aswara Percussion Ensemble (APE) mempamerkan aksi bertenaga dan membuatkan penonton tidak berganjak daripada tempat duduk masing-masing.
Seramai 11 anak muda yang merupakan penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) memulakan persembahan dengan gaya bersahaja sepanjang lebih 15 minit beraksi.
Empat kumpulan dram antarabangsa lain yang turut membuat persembahan di Aeon Seri Manjung ialah Pancasura STSI Bandung (Indonesia), Natiq Rhythm Group (Azerbaijan), Harubee (Maldives) dan Nakhonsawan Rajabhat University and Absolutely Thai (Thailand).
Bagi peminat khususnya penduduk tempatan, kelibat Natiq Rhythm Group sememangnya dinantikan memandangkan kumpulan berkenaan pernah mengadakan persembahan yang sama di sini pada edisi 2012 lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: