Thursday, February 21, 2013

12 peserta mara ke separuh akhir


PARA peserta kategori Antarabangsa dan Nusantara yang akan bersaing pada peringkat separuh akhir PABM 2013 di Putrajaya hari ini.


PUTRAJAYA - Seramai 12 peserta Kategori Antarabangsa bakal berentap pada peringkat separuh akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2013 hari ini bagi merebut tempat ke saingan akhir Piala Perdana Menteri yang dijadual esok.
Mereka merupakan sebahagian daripada 26 peserta yang bertanding pada peringkat suku akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Peserta yang berjaya ke separuh akhir ialah Elena Melnikova dari Rusia, Courtney Saville (Australia), Miriam Balzano (Itali), Abdul Hamid Abdul Wahab (Ghana), Yang Tae-joong (Korea Selatan) dan Karen Takahashi (Jepun).
Turut layak Zhang Yaqi dari China, Abdul Matin Mohammad Azeem (Afghanistan), Abdel Rahman Ibrahim Sulieman (Jordan), Derrick Fernando Jaramillo (Panama), Sara White (Amerika Syarikat) dan Daniel Krausse (Jerman).
Sementara itu, bagi kategori Nusantara, seramai lima peserta mara ke peringkat separuh akhir setelah mengetepikan lima lagi peserta pada peringkat saringan yang berlangsung semalam.
Mereka ialah dua peserta Malaysia, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli dan Muhammad Hamizi Shaharuddin serta dua peserta Indonesia, Ahmad Mulyadi dan Muhammad Zulfadhli Razali selain peserta Brunei, Adi Aismat Lamat

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: