Ahmad Idham bekerjasama dengan Yusof Haslam untuk menerbitkan filem Gangster Celop.Ahmad Idham, 41, berkata, ia tidak perlu dikontroversikan kerana perkataan tersebut adalah bersifat universal dan tidak memerlukannya untuk meminta kebenaran daripada mana-mana pihak untuk digunakan.
"Penggunaan ayat itu langsung tidak menyentuh sesiapa kerana tujuan saya adalah untuk memartabatkan budaya dan bahasa sebagai lambang menghormati orang yang lebih tua.
"Ia adalah perkataan dan ayat bersifat universal dan bukannya hak sesiapa jadi saya tidak nampak di mana ia akan menjadi isu," jelasnya ketika ditemui selepas majlis tayangan filem tersebut dekat sini pada malam Khamis.
Gangster Celop yang menelan kos sebanyak RM1.7 juta adalah filem terbitan syarikatnya Excellent Pictures dengan kerjasama Skop Productions. Ia bakal ditayangkan pada 21 Februari depan.
Yusof Haslam. Dalam pada itu, Ahmad Idham berkata, kerjasama di antara kedua-dua syarikat bumiputera itu telah membuka ruang kreatif yang lebih luas dan dengan itu dapat menghasilkan karya yang lebih segar.
"Kerjasama yang dijalankan itu juga membuktikan persepakatan dan persefahaman di antara pembikin filem bumiputera yang mampu menonjolkan kehadiran sebagai pemain utama dalam industri perfileman tempatan," katanya.
Sementara itu, Datuk Yusof Haslam berkata, beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada Ahmad Idham untuk mengarahkan filem berkenaan dan percaya dengan kebolehan pengarah berpengalaman itu.
Malah katanya, gabungannya dengan Ahmad Idham adalah sebagai perangsang kepada kedua-dua syarikat khususnya industri perfileman.
"Genre komedi adalah antara kepakaran Ahmad Idham dan saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepadanya untuk menghasilkan filem kerjasama ini dari segi skrip dan pengarahan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: