Monday, February 11, 2013
Kenderaan robotik gerudi batu
CAPE CANAVERAL - Kenderaan robotik Curiosity menggerudi permukaan batu yang diberi nama John Klein di planet Marikh pada 8 Februari lalu, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.
Gambar-gambar yang dihantar semula ke Bumi menunjukkan terdapat lubang selebar 1.6 sentimeter (sm) dan sedalam 6.4sm pada permukaan batu tersebut.
"Penggerudian pertama di Marikh untuk sampel sains itu merupakan satu kejayaan," kata NASA di Twitter.
Seorang saintis NASA, John Grunsfeld menyatakan, penggunaan gerudi itu merupakan kejayaan terbesar buat Curiosity.
Kenderaan itu mendarat di planet tersebut pada Ogos tahun lalu.
Ia melaksanakan misi selama dua tahun untuk mencari petunjuk kehidupan di planet berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: