Saturday, September 15, 2012

Renault Twizy bantu raih dana


PENAMPILAN jentera ini lebih menyerlah dengan penggunaan warna kuning dan pelekat misai yang ada padanya.


SEBAGAI sebuah kenderaan yang sering mendapat perhatian, Renault Twizy baru-baru ini digunakan untuk menarih dana bagi satu majlis amal dikenali sebagai Freddie For A Day.

Tampil dengan warna putih dan kuning, lengkap bersama sekeping pelekat 'misai' di bawah logonya, Twizy tersebut direka untuk memberi penghormatan kepada penyanyi kumpulan rock terkenal, Queen iaitu Freddie Mercury.

Jentera kompak dua pintu itu didermakan kepada badan kebajikan, Mercury Phoenix Trust dalam satu majlis khas yang kemudiannya berjaya mengumpul dana lebih £7,000 (RM34,735).

"Kami sangat berbangga kerana dapat menyokong inisiatif Freddie For A Day dan menyumbang sebuah Twizy kepada Mercury Phoenix Trust. Badan kebajikan ini sememangnya banyak membantu dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai HIV dan AIDS," kata Pengarah Urusan Renault UK, Thierry Sybord.

Acara Freddie For A Day kini sudah memasuki tahun ketiga. Tahun lalu, acara itu berjaya mengumpul dana sebanyak £250,000 (RM1.2 juta).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: