Afizulazha Abdullah
Medan pemaju aplikasi komersial bakat.

PENYEDIA telekomunikasi mudah alih pertama dan utama Malaysia, Celcom Axiata Berhad memberi peluang pemaju aplikasi Malaysia pamer dan komersialkan bakat kepada penonton global menerusi pelancaran Cabaran Pemaju Aplikasi 2012 di seluruh dunia.

Ketua Operasi dan Data Terlajunya, Afizulazha Abdullah berkata, bertemakan ‘Cabaran Pembangunan Aplikasi Android’, ia yang pertama dengan kolaborasi bersama Celcom, Multimedia Development Corporation (MDeC) dan MyAppzil.

“Celcom berbangga menjadi hos bagi cabaran ini, sejajar matlamat syarikat membangunkan komuniti mengenai pemaju aplikasi dan kandungan mudah alih yang akan menerajui pertumbuhan ekonomi dalam kandungan digital global,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Ng Wan Peng berkata, pengaktifan satu juta peranti Android dan 600,000 muat turun aplikasi di Google Play, Malaysia perlu teroka peluang itu dan mengkomersialkannya secara aktif menerusi platform ini.

Wan Peng berkata, Cabaran Pemaju Aplikasi 2012 adalah contoh menarik daripada inisiatif yang diterajui persendirian bagi membantu meningkatkan penciptaan kandungan tempatan di Malaysia.

“Peraduan menjadi platform ideal bagi rakyat Malaysia mempamerkan kreativiti dan bakat mereka serta mencipta kandungan menerusi rayuan global,”katanya.