HUAWEI, pembekal penyelesaian teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) terkemuka dunia, yakin capai pertumbuhan berganda bagi semua produk jenamanya menjelang hujung tahun ini.
Ketua Perniagaan Pengguna, Peranti Huawei Malaysia, sasaran itu antara lainnya akan disumbangkan telefon pintar dwi teras perdana, Huawei Ascend P1 yang kini memasuki Malaysia.
“Setakat tahun lalu, Huawei mencatatkan perolehan AS$40 bilion. Kini dengan kemasukan Ascend P1 ke Malaysia, ditambah permintaan tinggi bagi telefon pintar kami yakin perolehan meningkat berganda tahun ini.
“Malah telefon pintar dwi teras perdana terbaru ini juga akan menjadi antara penyumbang jualan keseluruhan bagi segmen perniagaan pengguna,” katanya selepas majlis pengumuman kehadiran Ascend P1 di Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, kehadiran Ascend P1 ini menggabungkan ciri pintar, teknologi dan reka bentuk menarik yang melambangkan kemuncak usaha bagi Huawei Device.
Sehingga kini, Huawei menawarkan tiga barisan produk utama terdiri daripada telefon bimbit, jalur lebar mudah alih dan peranti rumah.
Pada majlis sama, Huawei turut mengumumkan perluasan perniagaan perantinya menerusi perkongsian pengedaran terbaru bersama ECS ICT Bhd (ECS), sebuah anak syarikat milik penuh ECS Astar Sdn Bhd.
Kini ia boleh didapati di kedai penjual ECS di Lembah Klang dan pasaran lain beberapa minggu akan datang pada harga RM1,299 dengan dua pilihan iaitu hitam dan putih.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: