Tuesday, September 4, 2012

Pelancaran FarEast Gold

Ahli kumpulan nasyid Far East melancarkan FarEast Gold di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM, baru-baru ini.

Berpegang kepada hadis Rasulullah SAW tersebut, kumpulan nasyid tanah air Far East melancarkan produk kumpulan mereka yang berasaskan emas iaitu FarEast Gold Sdn. Bhd..

Pengurusnya, Ahmad Fadzli Bakar yang juga anggota kumpulan Far East berkata, dengan meletakkan moto Warisan Pembayar Zakat, beliau berharap menerusi perniagaan itu dapat melahirkan lebih ramai generasi pembayar zakat dalam kalangan masyarakat.

"Emas adalah bahan simpanan masa depan yang tidak akan susut nilai selama-lamanya, malah ia semakin meningkat nilainya dari semasa ke semasa jika dibandingkan dengan aset lain.

"Oleh itu, bagi memberi kesedaran kepada semua bahawa emas merupakan pelindung nilai terbaik sepanjang zaman, kumpulan Far East melancarkan FarEast Gold Sdn. Bhd. dengan menawarkan perkhidmatan istimewa.

"Justeru, dengan peningkatan pemilikan emas dalam kalangan masyarakat secara tidak langsung meningkatkan ekonomi umat Islam apabila lebih ramai masyarakat yang mengeluarkan zakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran FarEast Gold di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini.

Pada majlis sama, kumpulan Far East turut melancarkan album terbaru mereka bersempena bulan Ramadan yang bertajuk Kilauan Khazanah.

Album kelima yang dilahirkan oleh kumpulan Far East itu adalah berkonsepkan taranum dalam alunan nasyid, zikir, doa, marhaban dan Qasidah.

Selain itu album tersebut turut memuatkan dengan penampilan istimewa bersama Raqib Akademi Fantasia (AF9).

Tambah Fadzli, FarEast Gold menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pembeli dengan menawarkan harga pengedar serta menyediakan menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya yang berhubung dengan emas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: