DODOL merupakan makanan tradisi negara ini yang masih mendapat permintaan ramai. Ia yang merupakan jenis makanan yang manis (atau manisan) yang sangat terkenal di Melaka dan di Muar, Johor.
Cara membuat dodol boleh dikatakan amat rumit dan kebanyakan orang yang mahir ialah mereka yang telah berusia.
Bagaimanapun, dodol mudah didapati di kedai-kedai atau pasar raya.
Kini dodol bukan sahaja digemari dan popular di Malaysia, bahkan di Indonesia, Filipina, Singapura dan juga Sri Lanka.
Untuk itu, pada siri kali ini ditampilkan mesin membuat dodol yang sangat mudah digunakan dan hampir sama dengan kaedah manual. Kami menghasilkan dua jenis mesin dodol iaitu model M3 (automatik) dan M2 (semiauto).
Penghasilan mesin ini diharap dapat membantu pengeluar dan pengusaha dodol di samping dapat menghasilkan produk dalam kapasiti yang banyak pada satu-satu masa.
Permintaan pelanggan merupakan idea kepada Zull Design Autotronic (ZDA) untuk menghasilkan mesin tersebut.
Konsep yang digunakan dapat memudahkan pengguna menghasilkan dodol seperti kaedah manual.
Selain dapat menghasilkan dodol, mesin tersebut juga boleh digunakan untuk menghasilkan rendang daging, acar buah, kerisik dan mengacau inti.
Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini. Kelebihan mesin ini terletak pada rekaannya.
Ia direka khas bagi mereka yang menjalankan perusahaan dodol, rendang atau inti. Mesin tersebut dapat mengacau dan menuang adunan tanpa perlu menggunakan tenaga manusia.
Tambahan pula, dengan adanya mesin ini pengguna dapat menjimatkan kos. Kos gaji pekerja boleh dijimatkan kerana untuk pengendalian mesin ini, hanya seorang atau dua orang pekerja sahaja diperlukan berbanding kaedah manual yang menggunakan lebih ramai pekerja.
Selain dapat mengurangkan tenaga pekerja, penggunaan mesin ini juga dapat menjimatkan masa dan adunan juga dimasak sebati.
Perbezaan antara automatik dan semiautomatik ialah dari segi tetapan dan gerakan mesin tersebut.
Oleh kerana konsep perniagaan ZDA adalah berdasarkan permintaan pelanggan maka syarikat tidak mempunyai mesin yang sedia ada kerana ia bergantung kepada pelanggan.
Dengan ini ia dapat membantu pengguna menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.
Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat pukul 9 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066 dan faks 03-6091 4000. Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: