|
|
PELAKON filem Bodyguard, Katrina Kaif yang kini sedang hangat di Bollywood menerima tawaran besar untuk membuat persembahan di Pakistan pada minggu lalu.
Namun, sumber menjelaskan bahawa dia menolak tawaran yang bernilai 2.5 krore (RM13.9 juta) tersebut dengan sopan kerana tidak mahu berdepan dengan sebarang kontroversi.
"Ini bukan kali pertama dia mendapat tawaran daripada negara jiran. Katrina memang selalu dapat tawaran untuk muncul atau membuat persembahan di Pakistan tetapi dia telah berkata tidak untuk semua permintaan itu," kata sumber kepada sebuah akhbar di India.
Sumber itu menambah bahawa Katrina ditawarkan untuk mengadakan persembahan di negara itu kerana dia bergelar artis antarabangsa dan memilik wajah campuran Eropah.
Katrina tidak dapat merealisasikan harapan peminatnya dari Pakistan kerana ketegangan yang sedang berlaku di antara India dan Pakistan.
Pelakon kelahiran Hong Kong itu merupakan pelakon Bollywood paling popular di Pakistan selain Kareena Kapoor.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: