Wednesday, September 5, 2012

Ibu Bapa Kurang Senang Kehadiran Anak Tom Cruise

Suri Cruise

TIDAK lama lagi, Suri Cruise akan memulakan hari-harinya sebagai salah seorang murid di sebuah sekolah elit, The World School.

Namun kehadiran anak perempuan kepada Katie Holmes dan Tom Cruise itu membuatkan ibu bapa murid sekolah berkenaan tidak senang dengannya.

Menurut laporan Dailymail, alasan kerisauan beberapa ibu bapa tersebut agak pelik yang merasakan anak mereka mempunyai wajah mirip Suri dan hal tersebut membuatkan anak-anak itu menjadi buruan paparazi.

"Saya telah dihubungi oleh beberapa ibu bapa yang mengaku mempunyai anak secantik Suri. Anak-anak mereka dan Suri akan berpakaian seragam dan ia boleh menimbulkan kekeliruan paparazi yang mahu mengejar Suri," kata Dana Haddad, salah seorang konsultan pendidikan di sekolah tersebut.

Sekolah yang terletak di New York itu akan memulakan semester baru pada minggu hadapan. Difahamkan kos yuran sekolah tersebut agak mahal iaitu RM120,000 setahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: