KUALA LUMPUR - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) meminta kerajaan membentuk satu mekanisme berstruktur bagi pemaju perumahan untuk melepaskan secara automatik hartanah tidak terjual yang diperuntukkan bagi pembeli bumiputera.
Presidennya, Datuk Seri Michael K.C. Yam berkata, REHDA tidak pernah merungut tentang peruntukan utama bagi pembeli bumiputera dalam setiap projek pembangunan kerana ia merupakan sebahagian daripada prinsip asas pemaju tempatan.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini, hartanah bumiputera yang tidak terjual menjejaskan aliran tunai masa depan pemaju perumahan.
"Kami meminta satu mekanisme yang sangat berstruktur. Mungkin enam bulan selepas projek menerima sijil layak menduduki dan peruntukan bumiputera tidak terjual, kami boleh melepaskannya kepada pembeli lain.
"Kadang-kadang lot bumiputera tidak terjual kerana kekurangan permintaan. Jika kami terus menyimpan unit itu, ia akan membebankan pemaju, yang kemudiannya dilepaskan kepada pengguna menerusi harga hartanah tinggi," katanya pada satu taklimat media di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: