Sunday, September 9, 2012

Album MLTR selepas empat tahun


MLTR digawangi oleh Jascha Richter, Kare Wanscher dan Mikkel Lentz.


SUDAH lama tidak mendengarkan lagu-lagu daripada kumpulan Michael Learns To Rock atau dikenali dengan nama singkat MLTR.

Seperti yang sedia maklum, grup yang berasal dari Denmark itu sering tampil dengan gaya bunyi muzik yang tersendiri. Berada dalam zon selesa, MLTR yang digawangi oleh Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kare Wanscher ini masih meneruskan resipi genre soft rock walaupun zaman itu sudah berlalu.

Scandinavia merupakan album studio kelapan MLTR dan ia merupakan album kedua yang diterbitkan oleh Mikkel Lentz selepas album terdahulu MLTR bertajuk Eternity.

Sukar untuk menyalahkan sebuah grup seberani MLTR yang terus-menerus melengkapkan serta menyambung versi muzik mereka yang dibawakan dalam tempoh 20 tahun terdahulu. Grup itu seperti menolak genre atau kehadiran modenisasi dengan bunyi-bunyian elektronik samples atau efek, MLTR meneruskan muzik mereka dalam Scandinavia.

Namun album ini layaknya menjadi sebuah kompilasi terbaik untuk MLTR. Dengan lagu seperti Renovate My Life, Heaven Is My Alibi, Hanging On dan single pertama mereka iaitu Any Way You Want It, perasaan seperti mendengar lagu-lagu album terdahulu muncul dalam diri pendengar.

Kelainan sedikit terdapat pada lagu Space Commander yang menghampiri lagu Owl City. Pada satu sisi, MLTR seperti seorang sahabat lama yang sedikit membosankan tetapi sentiasa berhubungan.

Menurut Kare, lagu ini tiada elemen baharu atau kejutan. MLTR menurutnya tidak cuba merubah apa-apa kerana tersekat di sempadan muzik mereka dan mereka tahu para peminat setia dengan rasa klasik ini.

Menurut Mikkel pula, mereka berkeinginan untuk mengikut trend tetapi mengambil keputusan untuk fokus dengan stail muzik sedia ada.

Komen Sofia: Untuk yang mahu rasa klasik soft rock, dengarlah MLTR.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: