Friday, April 27, 2012

Wajah lebih tirus

Shaping Facial Lift

KATA orang dari mata turun ke hati. jadi tidak hairanlah apabila kajian mendapati raut wajah bujur sirih yang cantik boleh membuat hati jatuh cinta pandang pertama.

Satu tinjauan imej yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan 92 peratus wanita percaya bahawa bentuk muka bujur sirih memberikan tanggapan pertama yang lebih baik dan 95 peratus merasakan bahawa ia akan menarik perhatian khalayak ramai.

Di samping itu, ia juga dikaitkan dengan kejayaan dalam kerjaya.

Bagaimanapun, tinjauan juga mendapati lebih daripada 50 peratus wanita zaman sekarang tidak puas hati dengan bentuk muka atau raut wajah mereka dan 70 peratus daripada wanita sentiasa menginginkan 'muka tirus' yang tampak cantik menawan.

Keinginan itu kini mungkin tercapai apabila melalui kajiannya, Clarins, jenama penjagaan wajah terkenal dari Paris menemui produk yang membolehkan wanita membentuk raut wajah menjadi bujur sirih dengan cara semula jadi.

Menerusi penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dan teknologi terkini, Clarins telah mencipta Serum Raut Wajah No.1, istimewa untuk wanita Asia, bagi membolehkan mereka memiliki raut wajah bujur sirih yang diidamkan selama ini.

Clarins Shaping Facial Lift membawakan 'Tindakan Raut Wajah 3-D', yang dirumuskan secara klinikal daripada adunan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang berkesan menghapuskan lemak berlebihan dan membantu penyaliran untuk menghilangkan kesembapan.

Kulit nampak 'terangkat' dan lebih menarik dari setiap sudut.

Inovasi raut wajah 3-D melalui produk Shaping Facial Lift-Lipo-Drain Serum, dicipta istimewa untuk wanita Asia, membawakan tindakan luar biasa yang melenyapkan kesembapan yang membuat muka tampak berat.

Kuasa tindakan 3-D ini mensasarkan lima kantung lemak (dua pada pipi, dua bawah rahang dan satu bawah dagu) yang memberatkan muka, untuk melepaskan lemak, menangani pembendungan air dan meraut wajah.

Shaping Facial Lift menyokong tindakan biologi dengan menawarkan tindakan mekanikal menerusi kaedah penggunaan yang tersendiri dengan keberkesanan yang terbukti - Clarins Manual Auto-Lifting® Method - yang membuat wajah 'terangkat' dan juga mengurangkan pembendungan air secara optimum dalam masa kurang tiga minit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: