Tuesday, April 3, 2012

Sardin ala Mediterranean




IKAN sardin terbaharu keluaran Ayam Brand iaitu dengan minyak zaitun extra virgin ditinkan dengan cara ala Mediterranean.

Ia tidak ditambah dengan bahan pengawet dan monosodium-glutimate (MSG) sekali gus menyerlahkan lagi rasa asli sardin yang berkualiti tinggi.

Minyak zaitun extra virgin memberi kelazatan rasa untuk produk terbaharu Ayam Brand itu.

Sardin premium tersebut boleh dimakan terus tanpa perlu dimasak.

Selain dimakan bersama roti, ia juga boleh dijadikan pencicah keropok, dicampur bersama salad atau dimakan bersama nasi.

Ia dijual pada harga RM4.20 bagi setiap tin 120gram yang boleh didapati di pasar raya besar dan kedai-kedai runcit di seluruh negara.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web di http://www.ayam-brand.com.my/sardines-recipes.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: