Bergelar pasangan kekasih bukanlah tiket untuk Robert Pattinson dan Kristen Stewart muncul di khalayak berdua-duaan.
Ini kerana, kedua-dua tunjang utama Twilight ini sudah terikat dengan kontrak agar tidak muncul bersama dalam sebarang acara yang tiada kaitan dengan siri filem tersebut.
Menurut sumber, perjanjian itu akan berlangsung sehinggalah Twilight: Breaking Dawn - Part 2 dilancarkan November ini.
Maka, tidak hairanlah pasangan sejoli ini dilihat sering hadir sendirian dalam beberapa majlis kebelakangan ini.
Nampaknya, Robert sendiri selesa berbuat demikian kerana tidak mahu hubungan mereka mendapat publisiti secara berlebihan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: