GOLONGAN wanita memainkan peranan penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), meskipun jumlahnya masih kecil iaitu dianggarkan kira-kira 10 peratus.
Jumlah tersebut merupakan 11,749 kekuatan polis wanita berbanding 98,220 kekuatan polis lelaki secara keseluruhannya dengan pelbagai pangkat.
Menurut Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md. Ismail, kekuatan polis wanita masih belum mencukupi dalam memperkemaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau yang berkhidmat sejak 38 tahun lalu dalam PDRM berkata:
"Antara cabaran yang perlu dihadapi dalam era transformasi ini ialah menangani pelbagai trend jenayah moden merentasi sempadan yakni menuntut polis wanita membuktikan keupayaan dan komitmen mereka setaraf dengan lelaki.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: