Tuesday, April 3, 2012

Meningitis meningokokal rosakkan otak, bawa maut


Ruam dan bintik merah Antara simptom jangkitan meningitis meningokokal. - Gambar hiasan


Sebanyak 500,000 kes dengan 50,000 kematian akibat jangkitan meningitis meningokokal dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia.

Ini menyebabkan ia pembunuh dalam senyap yang menggerunkan lebih-lebih lagi jangkitannya boleh membawa maut dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Neonatologi, Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin, berkata, hampir setiap orang termasuk mereka yang sihat berisiko menghidapinya kerana bakteria ini mudah tersebar melalui udara lebih-lebih lagi dalam persekitaran yang sesak.

"Bagi mengelak dijangkiti, individu tersebut mestilah dilindungi dengan suntikan vaksin bagi membina antibodi yang kuat," katanya ketika menyampaikan ceramah kesihatan mengenai jangkitan meningitis meningokokal, di Petaling Jaya , Selangor baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: