Tuesday, April 3, 2012

Penyamun bekas majikan dicekup


ZAKARIA menunjukkan sebahagian barang kes yang dirampas daripada empat remaja pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Taktik licik sekumpulan lima penyamun bersenjatakan parang yang memakai seragam sebuah restoran makanan segera terkenal ketika menyamun premis tersebut sejak awal tahun ini terbongkar selepas empat daripada mereka diberkas 16 jam setelah melakukan jenayah itu kelmarin.

Kesemua suspek berusia antara 18 dan 20 tahun tersebut diberkas pada pukul 11 malam selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat mengenai kejadian samun di sebuah cawangan restoran tersebut di Kepong di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kejadian pukul 7 pagi itu berlaku apabila dua daripada lima suspek bertopeng tersebut masuk ke dalam premis melalui pintu utama yang diumpil.

Katanya, salah seorang suspek kemudian bersembunyi di bilik pengurus manakala seorang lagi di dapur.

"Setengah jam kemudian, tiga pekerja dan seorang pengurus premis yang datang untuk bertugas terkejut dengan kehadiran suspek sebelum mereka diacu parang. Suspek kemudian merampas wang RM2,300 yang diambil dari mesin juruwang dan tujuh buah telefon bimbit.

"Salah seorang pekerja cedera di jari selepas dilibas dengan parang," katanya pada sidang akhbar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: