Tuesday, April 3, 2012

Lelaki mati kena tembak


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di restoran tempat Parameswaran mati ditembak di Sungai Buloh, Selangor semalam.


SUNGAI BULOH - Dendam kesumat yang terbuku sejak sekian lama dipercayai menjadi punca dua penjenayah bertindak nekad dengan menembak mati seorang lelaki serta mencederakan tiga yang lain dalam kejadian di sebuah restoran di Desa Jaya di sini kelmarin.

Kejadian pukul 11.15 malam itu mengakibatkan S. Parameswaran, 23, dari Kuang, Selangor, mati di tempat kejadian apabila ditembak dari jarak dekat di dada kiri. Peluru itu menembusi badannya.

Tiga lagi rakannya berusia antara 19 dan 32 tahun cedera selepas terkena tembakan. Salah seorangnya koma selepas peluru itu mengenai perut dan lengan kanannya.

Difahamkan, dua daripada mangsa yang cedera di perut dan kaki baru sahaja tamat perintah sekatan di Johor Bahru dan Baling, Kedah kira-kira seminggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: