Wednesday, April 4, 2012

Kit kesan pencemaran air dalam badan ikan


Dr. Annie Christianus (kanan) dan Ali Karami Varnamkhasti menunjukkan produk terbaru yang dapat mengesan bahan tercemar dalam ikan di Serdang, semalam.


SERDANG 3 April - Pencemaran air akibat dari hidrokarbon aromatik polisiklik (PAHs) kini boleh diukur dengan tepat dan pengawalan pencemaran perairan boleh dijalankan secara berkesan dengan teknologi baru "kit pengesan bahan karsinogenik PAHs dalam ikan".

Penyelidik Jabatan Akuakultur, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Annie Christianus berkata, teknologi sebelum ini memberi jangkaan kehadiran PAHs yang rendah dalam ikan dan dalam persekitaran akuatik.

"Tetapi kit yang kami hasilkan ini boleh menentukan kandungan PAHs dalam hempedu ikan dengan tepat. Ia berupaya mengesan pencemaran air dalam badan ikan," katanya kepada pemberita semasa memperkenalkan kit itu di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: