MELAKA – Masalah banjir yang berpunca daripada longkang tersumbat di bandar ini akan dapat diatasi dengan pembelian dua jentera penyedut lumpur berharga RM1.4 juta.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara (PPSPPA), Ir. Zainuddin Abdul Samad berkata, dua jentera yang setiap satunya berharga RM700,000 akan diterima pada Ogos ini.
Menurutnya, dua jentera tersebut akan memudahkan kerja-kerja pembersihan longkang selain menjimatkan masa.
“Jentera penyedut lumpur berkapasiti sehingga lapan tan ini mampu menjimatkan masa pembersihan kepada 15 minit untuk longkang sepanjang 30 meter.
“Ia jauh berbeza dengan kaedah biasa di mana untuk longkang sepanjang tujuh meter mengambil masa hampir 30 minit,” katanya selepas meninjau operasi membersih longkang dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) di sekitar Jonker Walk di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: