Wednesday, April 4, 2012

Sistem HVE mudahkan proses sijil halal


OTHMAN (dua dari kiri) dan Muhadzir (dua dari kanan) menandatangani MoU bagi pembangunan sistem HEV di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Dagang Halal Berhad akan membangunkan sistem pengumpulan data yang mengandungi maklumat mengenai pensijilan halal dikenali sebagai Halal Verified Engine (HVE).

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, sistem yang dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2013 itu akan memberi manfaat kepada pengguna, industri atau pemohon sijil halal Jakim dan badan-badan pensijilan halal.

Katanya, sistem itu akan memudah dan mempercepatkan proses pensijilan halal khususnya yang dilaksanakan oleh Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

“Melalui sistem itu, pemohon dapat melengkapkan dokumen permohonan dengan lebih cepat terutama yang melibatkan penggunaan bahan mentah dari luar negara.

“Di samping itu, ia membolehkan pengguna dan industri mengetahui status halal produk dan bahan mentah yang diimport khususnya yang telah disahkan halal oleh badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: