Halle Berry

Serius dalam hubungan, akhirnya aktres tersohor, Halle Berry, menerima lamaran daripada kekasihnya, Oliver Martinez. Martinez turut mengakui bahawa majlis pertunangan mereka sepatutnya berlangsung Mac lalu, namun Berry masih belum memberikan kata putus.

Enggan mendirikan rumah tangga buat masa terdekat, Berry mengakui dirinya masih belum bersedia untuk bergelar isteri kepada mana-mana lelaki.
“Saya tidak mungkin akan berkahwin lagi, tidak mungkin! Saya lebih selesa menjalinkan hubungan seperti sekarang,” katanya yang sekali gus telah mengecewakan Martinez.
Pada Januari lalu, Martinez telah menghadiahkan Berry sebentuk cincin permata sebagai simbol pertunangan.
Sebelum ini, Berry pernah mendirikan rumah tangga dua kali bersama pemain bola keranjang, David Justine dan penyanyi, Eric Benet. Mungkin kegagalan dalam dua perkahwinan menyebabkan Berry putus asa untuk berkahwin lagi.