Friday, April 6, 2012

Ada soalan? Tanyalah pakar!


KAKITANGAN Colgate menemani kanak-kanak daripada Projek Perumahan Awam Lembah Subang membeli peralatan sekolah di Pasar Raya Besar Giant.


ASPEK penjagaan kesihatan gigi seringkali diuar-uarkan dan ditekankan khususnya ketika seseorang itu masih dalam usia kanak-kanak.

Namun, adakalanya jawapan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka tidak tepat lalu menyebabkan anak-anak tersebut tidak mendapat maklumat mengenai teknik penjagaan yang betul.

Oleh yang demikian, Colgate, jenama nombor satu yang disyorkan oleh doktor-doktor pergigian di seluruh dunia telah melakukan inisiatif membuka lokasi berpendidikan Tanya Pakar anjurannya di pasar raya besar Giant, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 28 Januari lalu.

Dilancarkan awal Januari lalu, kempen Tanya Pakar Colgate merupakan satu inisiatif interaktif yang menawarkan nasihat pakar secara percuma dan mudah. Ia bagi menjawab soalan-soalan am berkenaan kesihatan mulut di samping menyingkirkan mitos dan kebimbangan mengenai masalah kaviti serta kerosakan gigi.

Kempen Tanya Pakar Colgate menjawab pertanyaan orang ramai mengenai kesihatan mulut secara mudah melalui laman web www.tanyapakarcolgate.com atau dengan menghantar soalan-soalan tersebut melalui SMS (taip Csoalan dan hantar ke 32324).

"Kami di Colgate percaya bahawa ilmu pengetahuan adalah penting untuk amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik untuk seisi keluarga.

"Dengan kempen Tanya Pakar Colgate, rakyat Malaysia dapat memperoleh maklumat dan nasihat daripada pakar pergigian secara percuma," kata Pengarah Urusan Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd., Issam Bachaalani.

Kerosakan gigi


PAKAR penjagaan gigi Colgate membuat demonstrasi kepada sebuah keluarga tentang cara memberus gigi dengan betul.


Menurut kajian yang dijalankan oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami kerosakan gigi atau juga dikenali sebagai karies gigi, sejenis penyakit mulut biasa yang mudah dicegah.

Selain itu, kebanyakan rakyat Malaysia sering mengabaikan temu janji dengan doktor pergigian kerana tidak memahami keadaan kesihatan mulut mereka ataupun hanya berjumpa dengan doktor pergigian apabila mengalami ketidakselesaan yang teruk.

Dari sudut ini, kempen Tanya Pakar Colgate bertujuan untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan kefahaman kesihatan mulut yang betul untuk penjagaan gigi yang baik.

Kempen itu juga menitikberatkan kepentingan mendidik kanak-kanak mengenai bakteria dan kaviti di dalam mulut seawal mungkin supaya mereka tahu kaedah mengamalkan penjagaan gigi mereka ketika membesar.

Antara yang pertama melawat ke pameran interaktif Tanya Pakar Colgate di Giant Kota Damansara merupakan kanak-kanak dari Projek Perumahan Lembah Subang yang diundang Persatuan Rumah Kuning Kuala Lumpur.

Mereka amat teruja apabila memasuki pusat aktiviti tersebut. Direka seperti rimba kecil, ia dipenuhi poster-poster pendidikan yang berwarna-warni dan permainan interaktif.

Kanak-kanak tersebut bergembira dengan permainan arked pendidikan seperti seperti permainan memancing Good Food, Bad Food, permainan tukul Whack-a-Bact dan permainan skrin sentuh Plague and Cavity Zapper.

Mereka juga berpeluang menghayati demonstrasi memberus gigi dan mengambil gambar dengan maskot penjagaan kesihatan mulut Colgate, Dr. Rabbit.

Sumbangan khas


KANAK-KANAK daripada Projek Perumahan Awam Lembah Subang di bawah Persatuan Rumah Kuning Kuala Lumpur merupakan pengunjung terawal yang tiba di pameran Tanya Pakar Colgate baru-baru ini.


Selepas aktiviti tersebut, mereka dibawa membeli-belah di Giant. Colgate menyumbangkan sebanyak RM100 setiap orang untuk membeli keperluan asas untuk sekolah dan rumah. Kanak-kanak itu juga menerima beg cenderamata yang mengandungi produk penjagaan mulut Colgate selain dibawa makan tengah hari yang ditaja sepenuhnya sebagai penutup aktiviti pada hari tersebut.

Pameran interaktif Tanya Pakar Colgate akan terus dibuka kepada orang ramai pada 29 Januari di Giant Kota Damansara dan pada 4 dan 5 Februari di Giant Cheras Mall, Batu 9, Selangor.

Pameran tersebut merangkumi aktiviti-aktiviti pendidikan dan demonstrasi memberus gigi. Hadiah-hadiah menarik termasuk Samsung Galaxy Tab juga menanti pemenang bertuah.

Konsol elektronik interaktif juga akan disediakan supaya para pelawat boleh melayari www.tanyapakarcolgate.com dan bertanya soalan umum tentang kesihatan mulut.

"Kami menjemput seisi keluarga untuk melawat pusat-pusat aktiviti kami. Ibu bapa boleh menyertai anak-anak mereka untuk berseronok dan belajar mengenai kesihatan oral," kata Bachaalani.

Colgate turut mengesyorkan pengguna agar memberus gigi dengan Ubat Gigi Antikaviti Colgate yang mempunyai kalsium cecair dan fluorida yang menyediakan perlindungan kaviti sehingga dua kali ganda berbanding produk ubat gigi tanpa fluorida.

Mulai Januari ini, pek promosi khas Ubat Gigi Antikaviti Colgate (2x250g dan 100g percuma) boleh didapati di pasar raya, kedai-kedai runcit dan farmasi yang terkemuka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: