Monday, December 5, 2011

V1 restoran mewah kereta lumba


STEVEN LEOW di dalam restoran V1 di Bandar Puteri Puchong baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – IPC International Group Sdn Bhd. (IPC International), syarikat yang bergiat dalam program ganjaran kesetiaan dan kewangan elektronik, merancang untuk membuka kira-kira sembilan buah restoran mewah yang dikenali sebagai V1 Concept Restaurant (V1) di seluruh negara menjelang tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Prof. Dr. Steven Leow berkata, buat masa ini restoran sulungnya yang menampilkan tema eksklusif dan mewah yang mengetengahkan sukan perlumbaan kereta terletak di Bandar Puteri, Puchong, Selangor di sini.

Restoran pertama seumpamanya yang belum pernah diwujudkan di negara ini menampilkan keunikan dan kelainan serta bersesuaian dengan para penggemar sukan lumba kereta.

“Kami menjangkakan sebuah restoran yang bakal dibuka dengan tema persekitaran ini melibatkan kos kira-kira RM2 juta.

“Lebih menarik lagi, restoran ini juga menawarkan hidangan makanan Barat dan Asia yang menyelerakan seiring dengan keunikan yang ditampilkan oleh restoran ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Leow menjelaskan, antara hidangan popular di restoran berkenaan ialah sotong berinti salsa mangga, bebola keju, stew dengan nasi, daging bebiri panggang, piza dan wafel coklat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: