Tuesday, April 5, 2011

Pegawai kanan Kastam dilepas


PEGAWAI kanan Kastam (kanan) menutup mukanya daripada dirakam jurugambar setelah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Kuantan semalam.


KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkan supaya pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang direman selama lapan hari sejak minggu lalu berhubung siasatan kes rasuah dilepas tanpa syarat.

Majistret Nordiana Abdul Aziz semasa mengeluarkan perintah tersebut memberitahu, pegawai kanan bergelar Datuk yang berumur dalam lingkungan 50-an itu juga dilepas tanpa perlu jaminan.

Peguam yang mewakili pegawai kanan tersebut, Mohamad Sazali Abdul Aziz ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, siasatan yang dilakukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah selesai.

Kosmo! pada 30 Mac lalu melaporkan dua pegawai kanan KDRM yang merupakan pasangan suami isteri ditahan SPRM dalam satu operasi besar-besaran di kawasan Pantai Timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: