
Katanya, sejak berita kehilangan Nisha, 2, disiarkan media dia menerima berpuluh panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari dari banyak pihak yang mendakwa tahu di mana anak perempuannya berada.
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu amat dikesali terutama apabila keluarganya berada dalam kesusahan dan masih menanti kepulangan Nisha.
“Saya kecewa dengan tindakan mereka, selain meminta sehingga RM1 juta ada juga dalam kalangan mereka yang meminta tambah nilai kad prabayar serendah RM5 semata-mata untuk memperdaya keluarga saya.
“Tindakan mereka amat dikesali dan saya langsung tidak percaya dengan panggilan dan SMS sedemikian. Saya ingatkan mereka supaya hentikan kerja bodoh mereka kerana saya telah memuat laporan polis berhubung penipuan ini,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya semalam.
Sementara itu ibu Nisha Wong Lai Lan 21 berkata, kebanyakan panggilan telefon dan SMS diterima daripada negeri-negeri di Selatan Semenanjung.
Menurutnya, kadang-kala dia sangat teruja apabila diberitahu Nisha telah ditemui tetapi apabila mengenangkan banyak kemungkinan penipuan dia akhirnya kecewa.
“Saya merayu kepada orang ramai yang pernah terjumpa anak saya supaya kembalikan kepada kami kerana saya sangat merinduinya.
“Hari ini sudah masuk 10 hari Nisha hilang dan pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuk menggunakan khidmat bomoh,” katanya.
Nisha hilang selepas dibawa bersiar-siar nenek saudaranya yang mengalami gangguan mental 10 hari lalu dan perlu diberikan ubat setiap hari bagi memulihkan penyakit sawan yang dihidapinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: