Tuesday, June 8, 2010

Kontroversi Nia, Ardi



Beberapa Majlis Fatwa mengharamkan cincin perkahwinan Nia Ramadhani dan Ardi yang mengandungi darah di bahagian dalam cincin itu. Cincin itu yang digunakan sebagai simbolik membatalkan air sembahyang selepas majlis akad nikah.

Fatwa itu dikeluarkan oleh Forum Musyawarah Pondok Pesantren (SMPP) di Jawa dan Madura di Pondok Pesantren Lirboyo, Kota Kediri, 3 Jun lalu.

Manakala, Forum Bahtsul Masa’il FMPP Pondok Pesantren Lirboyo juga mengelurkan fatwa sama setelah sebelum ini mengejutkan rakyat Indonesia dengan pernyataan fatwa haram membuat teknik melurus rambut dan mengambil foto pra perkahwinan.

Fatwa haram itu dibuat berdasarkan bahawa darah termasuk dengan najis yang tidak boleh disatukan. Apatah lagi diabdikan dalam sebuah cincin yang berkemungkinan digunakan untuk semasa menunaikan solat.

Jurucakap Komisi B Bahtul Masa’il FMPP, Ali Mustofa Said berkata, alasan Ardi dan Nia membuat cincin dengan darah di dalamnya, untuk menyatukan pernikahan agar abadi adalah tidak tepat.

Katanya, ia kerana pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warahmah tidak hanya melalui sebuah penyatuan yang bersifat duniawi.

Keputusan ini dibuat agar masyarakat di luar tidak meniru apa yang dibuat oleh Nia dan Ardi.

Forum yang terdiri daripada 300 delegasi dari 150 pondok pesantren itu berkata, fatwa haram hanya dikena pada cincin perkahwinan yang dipesan di Thailand itu, sedangkan untuk status perkahwinan tetap sah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: