KANDAHAR, Afghanistan - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam menyalahkan kumpulan Taliban ekoran satu serangan bom berani mati yang menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh pada satu majlis perkahwinan yang dihadiri oleh penduduk anti-Taliban di dearah Arghandab, 20 kilometer di utara Kandahar.
Seorang pengebom berani mati yang tubuhnya sarat dengan bahan letupan berjalan memasuki majlis itu sebelum dia meletupkan dirinya.
Kumpulan Taliban yang mengetuai pemberontakan selama sembilan tahun terhadap pemerintah yang disokong oleh kuasa Barat itu bagaimanapun tidak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.
Sebaliknya, kumpulan itu menyatakan kejadian berlaku akibat satu serangan udara oleh pihak NATO.
Seramai 78 yang lain termasuk 17 orang kanak-kanak cedera apabila serangan itu dilakukan di ruangan khas untuk tetamu lelaki.
"Abang saya cedera. Kami tidak tahu apa yang berlaku. Satu letupan besar terjadi. Akibatnya semua orang terbunuh atau cedera," kata adik kepada pengantin lelaki, Mohammad Zanif.
Pengantin lelaki itu merupakan seorang anggota polis.
Justeru, majlis itu dihadiri oleh rakan-rakan sekerjanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: