Monday, April 12, 2010

Zon larangan merokok ditambah


LANGKAH penguatkuasaan amat perlu bagi memastikan rakyat mematuhi larangan merokok di zon yang ditetapkan.


MELAKA - Lebih banyak kawasan larangan merokok akan diwartakan berikutan peningkatan serius tabiat merokok di kalangan golongan muda terutama wanita.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, peningkatan yang membimbangkan itu diperoleh daripada kajian tabiat merokok di kalangan golongan muda yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia dengan keputusan terperinci akan diumumkan sebelum akhir bulan ini.

"Peningkatan memang serius kerana ada yang beranggapan menghisap rokok boleh kuruskan badan terutama dalam kalangan wanita. Itu anggapan yang silap, itu helah untuk tarik orang muda merokok," katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: