
KUALA LUMPUR - Ulat tiket juga turut berpindah.
Itulah keadaan yang dapat disaksikan pada hari pertama terminal sementara bas Bukit Jalil dekat sini beroperasi.
Beberapa pengusaha bas tidak senang dengan situasi berkenaan yang sama seperti keadaan di Hentian Puduraya dulu.
Seorang pengusaha bas ekspres, Ng Kok Keong berkata, kewujudan ulat tiket di terminal berkenaan mengundang rasa kurang senang pengguna dan pengusaha bas.
"Baru hari pertama, sudah ada ulat tiket yang menjalankan aktiviti, sedangkan pihak pengurusan pula dilihat seperti tidak melakukan apa-apa untuk membanterasnya.
"Jika ulat tiket ini dibiarkan berleluasa, sudah tentu pendapatan kami akan terjejas," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Ternyata apa yang diluahkan oleh Kok Keong ada kebenarannya kerana tinjauan yang dibuat Kosmo! semalam mendapati ulat tiket tersebut cuba untuk menarik pengguna yang turun dari bas RapidKL.
Seorang kerani di kaunter syarikat Edaran Ekspress Sdn. Bhd., Zurina Md. Rodzi berkata, pihak terbabit perlu bertindak segera bagi membasmi kegiatan ulat tiket itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: