
KUALA LUMPUR - Kawasan Ampang dan Pandan di sini bakal memiliki mercu tanda baru menerusi projek pembangunan bersepadu Axis Pandan yang dijangka siap dibina penghujung tahun ini.
Projek bernilai RM270 juta itu dibangunkan oleh syarikat Reliable Capacity Sdn. Bhd., anak Syarikat RK Group Holding Sdn. Bhd. (RK Group), membabitkan pembinaan unit kediaman dan sebuah pusat membeli-belah.
Pengarah Urusan Kumpulan RK Group, Datuk Roslan Khalid berkata, projek di atas tanah seluas 167,225.472 meter persegi itu terbahagi kepada tiga fasa pembangunan.
"Fasa pertama merupakan pusat membeli-belah Axis Atrium Mall dua setengah tingkat yang sudah siap dibina dan 70 peratus sudah dihuni," katanya selepas merasmikan majlis pelancaran firma niaga penyewa di Axis Atrium Mall di Pandan Indah di sini semalam.
Menurutnya, fasa kedua dan ketiga Axis Pandan merupakan pembinaan unit-unit kediaman apartmen, dupleks rumah pejabat dua tingkat dan kondominium.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: