Thursday, April 15, 2010

Salji merekah bawah khemah


GAMBAR menunjukkan salji merekah dengan tiba-tiba di Kutub Utara baru-baru ini.


KUTUB UTARA - Sekumpulan saintis Britain di Artik nyaris maut apabila kawasan salji di khemah mereka merekah dengan tiba-tiba, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian cemas itu berlaku semasa Pasukan Peninjau Artik Catlin yang terdiri daripada Ann Daniels, Martin Hartley dan Charlie Paton sedang bersarapan pagi sebelum keluar untuk melakukan kajian mengenai perubahan iklim, baru-baru ini.

"Kami terdengar satu bunyi benda yang merekah disusuli dengan gegaran kecil dan kemudian bongkah ais terbelah dua. Kejadian berlaku amat pantas dan kami sendiri tidak pernah mengalami seperti itu," kata Paton.

Walaupun terkejut, mereka bertindak meneruskan penyelidikan tahunan pasukan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: