Thursday, April 15, 2010

Pengeluar filem lucah tuntut ganti rugi


SEORANG lelaki meninjau filem-filem lucah di sebuah kedai di Taipei semalam.


TAIPEI - Lapan pengeluar filem lucah dari Jepun semalam menuntut ganti rugi daripada beberapa firma telekomunikasi dan kabel Taiwan kerana menyiarkan filem tanpa meminta kebenaran, kata peguam terbabit, Chen Shih-ing.

Menurut peguam lapan pengeluar filem itu, Chen Shih-ing, firma-firma tersebut didapati membenarkan para pelanggan mereka memuat turun filem-filem seks Jepun menerusi telefon bimbit tanpa bayaran ganti rugi sebagai pulangan.

Lapan pengeluar filem tersebut akan menuntut royalti daripada Chunghwa Telecom Co. Ltd., Taiwan Mobile Co. Ltd., dan beberapa lagi syarikat televisyen kabel Taiwan yang mengakibatkan pengeluar Jepun itu kerugian 1 bilion dolar Taiwan (RM96 juta) setiap tahun.

Bercakap kepada pemberita di sini, dia berkata, pengeluar terbabit memberi tempoh sebulan kepada syarikat-syarikat Taiwan yang terlibat untuk berunding dengan mereka sebelum sebarang tindakan undang-undang akan diambil.

Shih-ing berkata, tuntutan dibuat kerana undang-undang Taiwan memberi peruntukan kepada hak cipta harta intelektual terhadap kerja-kerja seni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: