
HABUAN RM400,000 menanti skuad Negeri Sembilan seandainya berjaya menjuarai Piala FA musim ini.
Ini kerana, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah berbesar hati menam- bah lagi insentif serta bonus berjumlah RM50,000 untuk menjadikan jumlah keseluru- hannya sebanyak RM400,000.
Minggu lalu, Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan menjanjikan insentif dan bonus berjumlah RM350,000 jika skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu berjaya menjulang Piala FA.
Mohamad berkata, jumlah tersebut ditambah apabila beliau gembira melihat Negeri Sembilan berjaya melangkah ke final selepas menyingkirkan Selangor pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban malam kelmarin.
Dalam perlawanan itu, biarpun Negeri Sembilan tewas 0-1 untuk menjadikan agregat 2-2, skuad Hoben Jang Hoben tetap layak berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Selasa lalu, Negeri Sembilan mencipta kemenangan 2-1.
"Tambahan RM50,000 ini selepas saya berpuas hati melihat Negeri Sembilan layak ke final dan menewaskan Gergasi Merah. Saya cukup berpuas hati dengan pretasi pemain kerana mereka telah menunjukkan persemba- han terbaik.
"Dengan ketiadaan empat tonggak utama selain kecederaan yang menimpa penjaga gol utama, alhamdulillah... kita masih berjaya ke final," kata Mohamad di Seremban semalam.
Beliau yang juga Menteri Besar berharap insentif dan bonus tersebut akan menyuntik semangat pemain-pemain untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik pada aksi final bertemu Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Sementara itu, Wan Jamak berkata, beliau akan memberi tumpuan dan strategi baru bagi menghadapi Kedah nanti.
"Bedasarkan rekod pertemuan antara Negeri Sembilan dengan Kedah, kekuatan kedua- dua pasukan dilihat seimbang.
"Begitupun, suasana bermain pada aksi akhir adalah berbeza kerana masing-masing mahu kemenangan untuk jadi juara.
"Dengan pengalaman dan pendedahan sewaktu beraksi akhir dan menjuarai Piala Malaysia musim lalu, ia diharap akan membantu pemain-pemain muda saya untuk berdepan aksi final Piala FA nanti," katanya.
Ditanya tentang perlawanan malam kelma- rin, beliau berkata, biarpun ketiadaan tiga tonggak utama iaitu Aidil Zaquan Radzak, Rezal Zambry dan Idris Karim, barisan pemain gantian yang dipilih berjaya membukti- kan bahawa mereka bermain dengan baik.
"Saya puji semangat para pemain saya, wa- laupun kerap diasak Selangor, pemain-pemain senior Negeri Sembilan dilihat sama-sama membantu pemain baru dan menunjukkan se- mangat pasukan yang tinggi," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: