Sunday, April 18, 2010

Rahsia keyakinan Carol


CAROL bersama pemenang-pemenang tahun tahun lepas.
Dari kiri, Priscilla Wong (2008- kategori B), Jennifer Pedersen (2009 - kategori A), Carol (2009- kategori B) dan Carisheila (2008 - kategori A).


PADA usia 37 tahun, wanita ini masih kelihatan seksi dan jelita. Memiliki bakat dalam dunia peragaan, bakatnya dicungkil melalui pertandingan Bintang Model Estée Lauder tahun 2009. Bahkan, Lai Mei Ling atau lebih mesra dengan panggilan Carol kini mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Jika dahulu, dia gemar bergaya ringkas, kini dia lebih suka bersolek dan menjaga kecantikan. Dalam pada itu, dia tidak ketinggalan menjaga kesihatan diri dengan bersenam dan menjaga pemakanan.

Ikuti temu bual Mingguan Malaysia bersama Carol yang menjuarai kategori B (peserta 30 tahun ke atas).

1) Apa perancangan dan aktiviti Carol selepas memenangi pertandingan ini tahun lalu?

Saya berharap untuk mendapat banyak lagi tawaran modeling selepas memenangi pertandingan tahun lalu. Pusat yoga saya pun lebih ramai pelajar kerana mereka terbaca dan tahu tentang kemenangan saya. Disebabkan rupa dan badan saya yang tampak lebih muda daripada umur saya yang sebenar, ramai pelajar baru pun turut tertarik untuk belajar yoga.

2) Ada apa-apa perubahan selepas menang?

Wajah saya banyak terpapar di majalah dan surat khabar sejurus kemenangan. Kini apabila berjalan keluar dari rumah, memang ada orang yang mendekati dan bertanya adakah saya seorang selebriti kerana rupa saya macam pernah dilihat di majalah. Jadi untuk menjaga imej prestij Estée Lauder, saya akan memastikan sentiasa memakai pakaian dan solekan yang presentable apabila keluar dari rumah. Sekarang dah tak boleh keluar dengan muka selamba dan ringkas.

3) Apa istimewa Estée Lauder untuk wanita 30-an?

Estée Lauder memang mempunyai koleksi barangan yang sangat luas, untuk golongan remaja sampai peringkat yang lebih matang. Koleksi CyberWhite pula dicipta khas untuk wanita Asia. Saya meminati pembayang mata yang sentiasa saya simpan di sisi. Saya juga mengunakan serum anti-aging Advanced Night Repair supaya DNA kulit sentiasa diperbaharui, menjadikan saya selalu tampak lebih muda and segar.

4) Nasihat Carol pada wanita-wanita lain yang ingin menyertai pertandingan ini?

Mesti cuba! Jangan malu kerana hidup ini memang pendek dan kita patut mencuba pengalaman baru yang mencabar zon selesa kita. Untuk diri saya sendiri, saya telah dapat meninggikan keyakinan diri saya ketika diajar berjalan catwalk dalam pertandingan ini. Kerana sebelum ini saya tidak pernah berani berbuat begini di khalayak ramai.

5) Apa rahsia Carol kelihatan sentiasa cantik dan memiliki berat badan ideal?

Saya memastikan yang saya sentiasa makan makanan yang tidak begitu berminyak. Saya banyak makan sayur, salad , sushi dan mee. Saya juga banyak bersenam dan membuat Yoga, tidur awal dan kalau masa mengizinkan akan membuat hydration mask setiap hari kerana ini memberi kelembapan kepada kulit muka, yang akan mengurangkan kedut. Saya mesti menanggalkan solekan sebelum tidur dan memastikan saya memakai serum serta pelembap supaya kulit saya lembut apabila bangun keesokan hari.

Berat ideal saya adalah 51 kilogram dan saya akan menimbang berat badan setiap pagi supaya saya tahu jika perlu menambah dan mengurangkan pemakanan atau lebihkan senaman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: